SELAMAT DATANG!


eKkit

Kkit

eKkit diperkenalkan sebagai pelengkap kepada Kkit yang digunakan oleh Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta untuk diberi kepada para kontraktor yang mendapat tawaran kerja-kerja pembangunan fizikal di Daerah Kinta. 

Di eKkit terkandung semua borang-borang yang terdapat di dalam Kkit yang boleh dimuat turun sendiri secara percuma. Tujuan ianya diperkenalkan adalah bagi mempermudahkan para kontraktor untuk mendapatkan borang secara dalam talian sekiranya borang yang diberikan telah hilang atau rosak. 

Diharapkan dengan wujudnya eKkit ini akan mempermudahkan segala urusan kerja-kerja pembangunan fizikal di Daerah Kinta.

BORANG PLB VII - PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR

Borang Laporan Prestasi Kontraktor atau Borang PLB VII telah diwujudkan bagi menilai prestasi para kontraktor sepanjang kerja-kerja dijalankan di tapak. Aspek-aspek yang dinilai terbahagi kepada 4 iaitu Pengurusan Tapak Binaan, Pengawasan Tapak, Prosedur Kerja dan Mutu Kerja. Melalui borang ini, prestasi kontraktor akan dinilai oleh juruteknik lapangan dan akan digunakan untuk rujukan penting di masa akan datang. 



Cetak borang

BORANG PLB VI - SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN

Surat Setuju Terima Tawaran atau Borang PLB VI adalah satu borang yang perlu diisi oleh kontraktor sebagai syarat penerimaan kerja yang telah ditawarkan. Di dalam borang ini, tandatangan kedua-dua pihak kontraktor dan juruteknik (bagi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta) adalah diperlukan sebagai perjanjian antara kedua-dua belah pihak. Turut dinyatakan, syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi oleh kontraktor yang mendapat kerja.

CETAK BORANG

BORANG PLB V - GAMBAR KEMAJUAN KERJA

Gambar Kemajuan Kerja atau Borang PLB V adalah sebagai satu bukti yang kerja-kerja telah dilaksanakan oleh kontraktor. Kontraktor perlu menghantar sekurang-kurangnya 6 keping gambar bersaiz 4R sebagai bukti sebelum pembayaran dapat dibuat. Gambar-gambar merangkumi 3 peringkat iaitu belum mula, sedang laksana dan telah siap.



CETAK BORANG

BORANG PLB IV - PERMOHONAN LANJUT TEMPOH KERJA

Borang Permohonan Lanjut Tempoh Kerja atau Borang PLB IV adalah borang yang perlu diisi oleh kontraktor jika kerja yang ditawarkan telah melebihi tempoh yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan tanah Kinta. Melalui borang ini, ontraktor tidak perlu menghantar surat rasmi untuk memohon lanjutan tempoh kerja.
CETAK BORANG

BORANG PLB III - TUNTUTAN BAYARAN

Borang Tuntutan Bayaran atau Borang PLB III adalah borang tuntutan yang perlu dihantar oleh kontraktor untuk menuntut bayaran. Segala butir adalah wajib diisi supaya proses pembayaran akan menjadi lebih mudah dan lancar.

CETAK BORANG

BORANG PLB II - PENGESAHAN SIAP KERJA

Borang Pengesahan Siap Kerja atau Borang PLB II adalah borang yang sangat penting kerana pembayaran hanya boleh dibuat setelah disahkan oleh Juruteknik lapangan di bahagian bawah borang. Kontraktor perlu mendapatkan tandatangan Juruteknik lapangan sebaik sahaja kerja-kerja telah siap.


CETAK BORANG