FAQ - Soalan yang lazim ditanya

1. Apakah eKkit?
eKkit ataupun e-Kontraktor Kit ialah satu kit yang mengandungi semua dokumen yang diperlukan oleh    kontraktor yang berurusan dengan Bahagian Pembangunan Luar Bandar Pejabat Daerah Kinta, Perak.

2. Siapakah yang boleh menggunakan eKkit?
eKkit versi cetak akan diberikan kepada kontraktor yang ditawarkan kerja di Bahagian Pembangunan Luar Bandar Pejabat Daerah Kinta, Perak. 

3. Di manakah eKkit boleh diperolehi?
eKkit boleh dimuat turun sendiri oleh kontraktor melalui http://www.plbdaerahkinta.blogspot.com atau melalui emel di plbdaerahkinta.bogspot.com. eKkit versi cetak juga akan diserahkan kepada kontraktor semasa surat tawaran diambil. 

4. Apakah yang terkandung di dalam eKkit?
Antara dokumen yang terkandung di dalam eKkit ialah borang PLB I - VII dan checklist atau senarai semak untuk digunakan oleh kontraktor dari mula surat tawaran diserahkan sehingga pembayaran dibuat.

5. Mengapakah eKkit perlu digunakan?
eKkit akan memudahkan kontraktor di bawah seliaan Unit Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Kinta untuk menjalankan kerja-kerja mereka. Ini kerana semua dokumen yang diperlukan boleh diperolehi melalui internet maka kontraktor tidak perlu mendapatkan dokumen tersebut di Pejabat. Ia akan menjimatkan masa dan kos.

6. Adakah eKkit percuma?
Ya, eKkit boleh dimuat turun dan dibekalkan secara percuma.